Khamis, April 09, 2015

Akustika bersama M Nasir di Suria.

Pada 7 April 2015, SM berkesempatan menonton episod terakhir Akustika bersama...., sebuah rancangan TV di Suria Singapura yang menampilkan Datuk M Nasir. Rancangan berdurasi satu jam yang bermula dari jam 8.30 malam itu telah diselang-seli dengan temubual bersama Datuk M Nasir, Zoul & Rahman Suri (Kembara) & Ikhsan. Apa yang menarik persembahan akustik kali ini, persembahan M Nasir dikelilingi oleh beberapa orang pelukis yang menyiapkan karya gambaran dari lagu-lagu yang dipersembahkan.

Berikut adalah lagu yang telah dipersembahkan menurut turutan.

1. Meniti titian usang
2. Hijab Kekasih
3. Bas no 13 (Kembara)
4 Gerhana (Kembara duet dgn Ikhsan)
5. Azura (Ikhsan)
6. Bonda
7. Kias Fansuri


Saudagar - Di akhir rancangan SM tersenyum terkenang beberapa gambar yang berasal dari blog ini terpapar di kaca TV. Terima kasih pada pihak produksi Akustika yang menggunakan gambar-gambar tu... :)

2 ulasan:

deaf-angel berkata...

yep you have maintained a very good archive of M Nasir news and details for future reference.

Saudagar Mimpi berkata...

Thank you bro Deaf-angel
Just my small contribution for Sifu & fans out there :)